My photo
KL, Malaysia
First, I'm trying to prove to myself that I'm a person. Then maybe I'll convince myself that I'm an actress.

Wednesday, September 28, 2011

Dosa tetap Dosa

Salam,,,

Aku dibesarkan dalam keluarga yang agak alim..
Tapi agak berfikiran terbuka..
Aku dulu berhijab a.k.a bertudung...
Tapi bertudung bukan kehendak sendiri..
Tetapi mengikut keadaan sekeliling..
Dok pon kampung.. Mak aku pon dah jadi Hajah kan..
Tetapi aku tak adalah meragam bila tengah pakai tudung tu..
Merungut kunun2 x biasa.. Merungut kunun2 x mengikut peredaran zaman..
Bukan.. bukan.. aku bukan seperti itu..

Aku mule jadi lupa diri semasa aku sambung belajar..
Sambung belajar pon amik sijil jerk.. tu yang lupa diri..
Aku ase kalau amik degree aku mesti x lupe diri..
Aku sambung belajar kat melaka..jauh dari keluarga..
Dekat situ aku start bukak tudung..
Kunun2 cantik macam fazura muka aku kalau buka tudung tu..
Start dari sana la aku lupa dan semakin lupa dan masih
lupe yang aku ni menambahkan dosa Mak dan Abah..

Hmm aku tau tidak menutup aurat itu dosa..
Dan aku tau bukan aku je yang kene tanggung dosa setiap kali aurat aku terbuka
Tetap Abah juga turut tergolong dalam golongan Dayus kerana aku memperlihatkan auratku..
Tapi kenapa ye.. kenapa aku masih degil untuk menjaga auratku?
Aku tahu itu dosa tetapi aku masih melakukannya..
Aku tahu abah menjadi dayus.. tetapi aku terus menerus membiarkan abah dalam golongan itu
Kadang2 aku sedih, aku malu bila terbaca risalah2 agama dan tazkirah dari rakan2
Bila mereka bercerita tentang Aurat.. Tetapi aku masih di takuk LUPA..

AKu pon tak tahu bila saatnya untuk aku betul2 bersedia memakai kembali Tudung..
Aku nak bila aku pakai tudung.. aku x nak buka2 balik..
Aku nak terus menjadi dalam golongan yang solehah..
Solehah dari Auratku
Solehah dari Solatku
Solehah dari Amalanku
Ya Allah kau ampunkan lah dosa kedua ibu bapaku..
Kerana AKu mereka berdosa..
Ya Allah kau bukakan la hatiku untuk terus sedar dgn kesilapan ku


p/s : Mak,, Abah.. Maafkan kakak.. kerana kakak alpa.. kakak berdosa kerana tidak membantu mak dgn abah menambah pahala untuk di bawa ke sana.. tetapi menambahkan mak dan abah dosa tambahan pula.. I'allah satu masa nanti bila kak betul2 bersedia.. kak akan jadi anak yg  lebih solehah.. Kak tahu kak berdosa.. tetapi... hmmm.. maafkan kak mak.. maafkan kak abah..

.

2 comments:

  1. teringat kawan opis lama. dari bertudung dibuang tudung. ramai pula macam sokong atas dasar supaya dia tak hipokrit kat diri dia sendiri.

    tapi bagi aku, biarla hipokrit kat diri sendiri kalo tak dapat dosa. tak gitu?

    ReplyDelete
  2. Urat mata~

    Pada aku.. ko x kai tudung tu dah satu dosa.. so x yah nak tarik kawan2 tuk join dosa kite sekali..

    aku x paham untuk ayat ko yg ni..

    "tapi bagi aku, biarla hipokrit kat diri sendiri kalo tak dapat dosa. tak gitu? "

    ReplyDelete

AKU TAK KECIK HATI PON KLU KO TAK BUBUH KOMEN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...