Senarai Semak Perkahwinan
12 Bulan Sebelum- berbincang dengan tunang serta keluarga kedua-dua pihak berkenaan tarikh dan waktu bernikah
- mengatur baget yang diperlukan sama ada rendah, sederhana atau mewah
- meneliti lokasi majlis sama ada akan dilakukan dihotel, dewan atau rumah
- merancang jamuan yang perlu dihidangkan kepada tetamu sama ada berhidang atau bufet
11 Bulan Sebelum
- menetapkan tarikh nikah, kahwin dan bertandang serta dipersetujui oleh kedua-dua pihak
- mengikut kursus kahwin bersama pasangan
- mengintai-intai pakaian perkahwinan
- membeli barangan hantaran seperti jam, kasut dan sebagainya
10 Bulan Sebelum
- memilih pengapit dari kalangan rakan atau saudara mara
- merancang warna tema untuk keseluruhan majlis
- mencari beberapa lokasi dan tarikh majlis perkahwinan anda yg sesuai dengan budget